yang datang harus kembali.. setiap manusia pernah mengalami kehilangan seseorang dalam hidup.. sudah tentu kita tahu apa rasanya kehilangan seorang insan yang disayangi. jutaan takziah diucapkan kepada Khairul Fahmi dan keluarga atas pemergian Mohd Amirul laman Izzat adik kepada Apek..
Allahyarham yang berusia 16 tahun menghidap demam denggi. Allahyarham meniggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.
Apek:
''Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai''
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment