Saturday, 20 August 2011

Sahabat Aku Rindu

sahabat.. 
aku rindu kenangan itu.
kenangan lalu yang tersemat utuh di 
sanubari 


aku rindu gelak tawamu
yang sentiasa menemani aku tiap 
waktu 


aku rindu pada wajahmu 
yang membuat aku tenang tika duka
menyapa 


aku rindu suaramu 
yang tak lekang mengucapkan bicara 
padaku 


sahabat..
aku lemah tika kau pergi dariku 
aku tersungkur di lembah
persahabatan ini 


sahabat.. 
andai ku punya keajaiban 
akan ku selami jiwamu tanpa perlu
kau tahu 


andai aku menutup mata dahulu 
aku mahu  kau tahu 
kaulah sahabat aku 
sampai penhujung waktu 

No comments:

Post a Comment